Monday, 9 January 2012

Kebaikan Chitosan

Chitosan juga sesuai digunakan terhadap 
  • tanaman - fertigasi & konvesional
  • ternakan - ayam daging, kambing,lembu

Manfaat Chitosan terhadap tanaman
1. Mengurangkan kos penghasilan secara ketara disebabkan pengurangan penggunaan baja dan racun serangga ke atas tanaman (terdapat kes di mana para petani menghentikan penggunaan baja dan racun serangga kerana keadaan tanah yang bertambah baik dan wujudnya imuniti semulajadi dalam tanaman)
2. Meningkatkan jumlah hasil tanaman disebabkan oleh nutrient yang seimbang dan baik untuk pokok yang membolehkan pokok menghasilkan imuniti sendiri.
3. Meningkatkan kualiti produk, iaitu penambahan nilai kepada hasil tanaman dan menghsilkan tanaman yang memenuhi spesifikasi serta piawaian yang ditetapkan dalam pasaran.
4. Menghapuskan penggunaan bahan kimia dalam tumbuhan secara berperingkat.


Manfaat Chitosan terhadap ternakan (darat dan air)
1. Meningkatkan selera makan dan membantu haiwan untuk makan dengan lebih baik serta meningkatkan pertumbuhan
2. Memperbaiki system penghadaman haiwan dengan meningkatkan bakteria yang berguna untuk membantu proses penghadaman dengan lebih berkesan
3. Mengurangkan penyakit berkaitan penghadaman dan kematian yang disebabkan oleh jangkitan bakteria  berbahaya
4. Boleh digunakan untuk SEMUA jenis haiwan ternakan seperti lembu, kambing, udang, ayam, itik dan ikan

No comments:

Post a Comment