Sunday 12 February 2012

Kesan Penggunaan Chitosan

Assalamualaikum..............

Setelah penjelajahan ke Utara (Kedah) dan Terengganu, maklumbalas penggunaan chitosan telah diperolehi.

1. Jitra (Kedah) - En Othman telah menggunakan chitosan ke atas tanaman padi seluas 1 petak sawah (1 liter), percubaan ini telah membuktikan bahawa chitosan sesuai untuk tanaman padi beliau.

2. Sg Petani (Kedah) - En Azly telah menggunakan chitosan ke atas tanaman rozelle dan amat berpuas hati dengan kesan hasil tuaian selepas penggunaan chitosan.

3. Ajil (Terengganu) - En Azri telah menggunakan chitosan ke atas tanaman cili dankacang panjang Beliau amat berpuas hati dengan perkembangan serta kesannya terhadap tanaman.